Saturday 30 June 2012

KAWAN KAWAN...AKU SAYANG HAMPA...

ASSALAMUALAIKUM

Salam hari sabtu buat semua yang tengah bercuti dia hari ini...cuti la puas puas...esok dah start keja.start dengan masalah masalah budak yang melanda jiwa dan perasaan aku.tapi tak mengapa adat dalam ilmu pendidikan ini
Baru baru ni aku dapat satu surat kena pi meeting kat Park Avenue hotel...so aku selalu la mintak tolong sorang ustaz ni iaitu Ustaz Amin..dia ni selalu masuk kepala dengan aku so kalau jumpa mesti la kongsi kongsi crita menarik dengan dia..tapi lain pulak jadinya.dia dah tak kerja dah di bawah sekolah aku..ganti pulak dengan sorang ustaz ni tapi yang tak bestnya tu dia dah kawin..pastu nk merapu merapu sket x bleh la pulak, almaklum saja la..orang alim2 ni..haks2....so aku terpikir2 nk p dengan sapa ni hah....pastu aku call la si anak ikan kawan aku ni...aku ada anak ikan..dia pun nak jugak anak ikan...nama dia Farid kawan kepada kawan aku Fariza..aku kanal farid ni dari fariza la..mula2 add kt facebook pastu komen2 pastu chating2...so lama2 knai la..dia budak baik..aku sembang2 dengan dia pastu dia pelawa nk antaq aku..alhamdulillah ada juga orang yang sudi membantu...perjalanan kami hampir 2 jam terima kasih banyak2 buat fariza dan farid..jasa hampa tak tau aku nak balas macam mana..pertama kali mula kenai dengan farid memang ok..dia budak baik sangat..kerja dia juai chiken chop kat sungai korok..dekat ja dengan rumah kak Azwa aku tu..nanti bila nk pi tengok kak Azwa bersalin leh p kat farid makan chiken chop dengan anak ikan aku pulak..hahhahaha sembang mau kemaih aku ni...


Setelah tamat meeting kt Sungai Petani fariza dengan Farid sekali lagi pi ambik aku...terharu sangat...btoi kata orang kalau kita senang dengan kita..pasti orang pun akan senang dengan kita pulak nnt..ya aku merasainya sekarang..walaupun pada hakikatnya orang beri macam2 pendapat tentang kawan aku sorang ni iaitu fariza..walaupun macam mna buruknya perangai dia..tapi dia tetap kawan pada aku, Ainun,mida, Farihah, Dikta, Syakiah.

Fariza cakap dia tak sempat hantar aku kat kuala perlis..sebab dia ada kerja...tak apa la hang hantaq aku pi kat Ainun...so aku jumpa la pulak Ainun..aku buat keputusan tidoq umah Ainun 1 malam sebab lagipun esok cuti..banyak cerita yang kami kongsi bersama..dan Ainun bagi tau aku dia teringin sangat nak makan KFC...so ok ja Ainun jom kita pi..tak ada masalah pun..so dalam perjalanan ke KFC arau aku teringatkan adik aku yg sorang ni..apa lg laju ja aku antaq mesej "kalau nk join makan KFC mai la kat arau " dan2 dia call dok kat mna,nk ikut jugak...hahhah rindu dia sama..Allah permudahkan jalan untuk jumpa dengan dia..leh aku cakap macam tu???


setelah sampai di tempat yg di tujui tgh2 tggu turn nk oder..dia tpon lagi..tanya aku sampai ker dak lagi..aku cakap dah sampai dah..nk makan apa?? aku tanya blik..leh dia kata meggi ada dak??? nk megi?? ceh..kalau hang nk meggi....p blik umah rebuihh sendiri lg la senang..hhahah..dua minit lepas 2 dia pun sampai Mr J aku...so swet sgt dia..tapi awat aku nmpak dia lain..kulit kusam..muka macam x dak nur ja..lantak hang la..yg penting hang sihat walafiat hendaknya..


macam macam crita yang di sampaikan oleh dia Ainun N aku, dan sama sama gelak..aku bahagia saat itu..tapi  ada part yang Ainun tak suka kt adik aku ni...time bila talipon dia bunyi dan2 dia angkat. "hello i'm speaking"
dan2 buat muka mak Jemah....hahahah apa2 pun itu la hakikat kawan kawan aku..aku sayang sangat dengan hampa2 ni...tak dak hampa..kosong hidup aku...tu ja la yang mampu kongsikan dengan hampa2 semua...


 yang baju hitam tu la Farid..cun kan??





ni waktu dengan Ainun n mirah singgah makan smile yourgurt

Wednesday 27 June 2012

KEBORINGAN MELANDA

ASSALAMUALAIKUM...

Perjalanan aku mengambil masa yang agak panjang untuk sampai ke sini....aku dapat satu panggilan mesyuarat peringkat negeri di Hotel Park Avenue..taraf lima bintang jugak hotel ni...yang lecehnya aku kena dok menginap sorang2 dalam bilik yang seba gah ini...sebab partner aku sorang lagi tu kena dok menginap dengan family dia di bilik lain...hurmmm agak takut jugak..tapi aku ok ja...tenang ja...sambil mengisi kekosongan dalam hati aku ini..Thanks pada Farid mohd yang sudi menghantar aku ke sini..tidak lupa juga pada Noor Fariza yang ikut sekali dalam perjalan aku ke mari jasa korang amat amat aku hargai sampai mati...esok dah berakhir mesyuarat aku ini....nasib la tak lama....aku asyik teringatkan rumah ajer,......rindu kat rumah aku....rindu anak buah aku Ibrahim...semoga perjalan yang di lalui berjalan dengan lancar hendaknya..aku nak cerita sikit tentang Hotel ni...memang cantik sangat...bertuah sapa dapat datang ke sini...terutamanya aku...dulu cikgu aku kata..kalau sapa2 yang dapat A dalam subjek bahasa inggeris..cikgu aku akan belanja makan dekat hotel...sampai ke sudah aku tak dapat makan....asyik fill ja paper bahasa inggeris aku...huhhuhu tapi sekarang aku dah dapat menikmati makanan di hotel....memang banyak sangat la lauk pauk kay hotel ni...tadi aku turun makan petang siap hidang 5 jenis lauk lg campur dengan pencuci mulut lagi mau dekat 10 jenis pihak hotel hidangkan.alhamduliullah kenyang...walupun aku pantang makan nasi...kekonon nk bagi kuruih...tapi hari ni aku bantai jugak nasik...hahahahha...tak apa..blik rumah nanti aku janji tak akan makan dah....aku tak sempat ambik gambaq seluruh hotel ni tapi aku ada la sket2 gambaq2 keadaan bilik aku ni...best..sejuk sangat...wifi dia pun laju...tu yang aku rajin updet blog aku ni sebelum aku masuk meeting aku yang ke dua...

 ni singi kt dalam bilik ayaq...saja2 dok p ambik gambaq...


ni tempat rehat2..best landing atas ni..

ni tempat tdoq aku malam ni..hhuhu gila best dgn ekon yg sejuk

tempat bancuh2 ayaq time lapaq2...

Ini saja yang dapat aku kongsikan pada korang tentang tempat ni...jd sapa2 yang teringin nak menginap kat sini boleh la ke mari dari segi harga aku tak tau la pulak..sebab semua penginapan kami di setel oleh pihak kementerian pelajaran negeri...tapi yang aku tak berapa suka kat tempat ni ..TV kat dalam bilik...tak clear la pulak...tapi still boleh tgk lagi...Ok dah nk 8.30 mlm ni..meeting aku dah nk mula...so aku kena turun ke tinggat 1...nama pa ntah dewan tu...aku tak ingat sangat.... K bye2 
muahhhhhhhhh

Saturday 23 June 2012

SABAR DUHAI HATI

ASSALAMUALAIUKUM

Pada semua pagi2 ahad ni...tetiba rasa nk luahkan sesuatu yang terbuku pada hati...bukan terbuku tapi dah cair...aku betul2 x sangka...dan aku tersa sangat2...x pa semoga tuhan bahagiakan dia...aku bukan apa sebenarnya..ntah tetiba aku x boleh terima yang dia dh pun jadi laki org...dah jadi laki orang..di mana ketika sebelum ni aku menjadi peneman dia tika kesunyian..x pa la....biarkan dia...

AFIF OMAR
 Sampai saat dan ketika ini aku masih belum mampu melupakan apa yg telah berlaku....tika beberapa jam saja kau akan di ijab kabul kau masih besahaja dengan aku berbica dengan aku seolah2 tiada apa2 pun yg akan jadi selepas itu...kau kejutkan aku ketika aku tdo...dan mesej terakhir kau ialah " dah tido erk??? k..good 9" masa itu aku mmg ngantuk sgt2...dan seminggu selepas itu aku dapat tahu kau dah menikah...apa yang hang buat ni Afif oi....aku x kisah sangat dengan sapa pun pilihan hati dia..tapi sekurang2nya bg tau ja la..apa susahnya...yang dok mesej aku sampai berkatam katam x pulak hang habaq....memang la hang dulu aku dok usha hang dalam class...siap tlg balut meja hang skali...tlg siapkan modul sains...sebab apa aku slalu usha hang...sebab masa tu aku segan nk p sekolah..tapi bila hang ada rasa semangat la sikit nk masuk class..
tak pa la Afif oi aku doakan hang bahagia di samping isteri tersayang...yang tu ja la boleh aku kata pun..insyaallah raya ke 5 klu aku ada masa lebih aku p la kenduri hang sama kak basyirah 2...klu x dan sorry la nk wat macam mna kan.......

ni la Afif....

bye2 selamat tinggal........hang bukan club bujang aku dah la ni....

Thursday 21 June 2012

BUNGA BUNGA DI HATI..

ASSALAMUALAIKUM..

Bila masa dan ketika ini aku masih berada di sekolah ...dia kala semua guru dah blik melayani anak2 dan kerja masing2..tapi aku masih di sini..menyiapkan tugasan yang belum selesai...aku penat sangat dengan bebanan kerja yang begitu melampau...tapi aku terima dengan penuh kesabaran...sebab kesabaran itu ubat kepada semua masalah yang kita hadapi..
Hati aku berbunga tiba2 apabila ada yg sudi menemani kesepian hati di kala masalah datang melandang bila ada dia..walaupun pada waktu yg singkat tapi cukup buatkan hati aku happy seketika..sungguh hati aku berbunga riang...tuhan bagi aku bahagia walaupun x lama...tapi aku tetap bersyukur..berdoa agar aku sentiasa kuat dengan apa yang aku hadapi sekarang ini...setiap ujian mematangkan aku sebagai hamba Allah di muka bumi ini..

doakan agar aku teguhkan hati bersama dia..kuatkan jodoh di antara kami..walaupun masih samar samar tapi aku berharap agar ada keajaiban di antara kami...

Thursday 14 June 2012

SEPERTI PUNGGUK RINDUKAN BULAN...

ASSALAMUALAIKUM

Wahai peminat setia blog aku ni...hhahahah...pemes la sangat kan rasanya...x da maknanya pun..seperti Title dia atas....merujuk kepada satu peribahasa yang bermaksud Maknanya seseorg yg menunggu sesuatu yg tak kunjung tiba dan juga seperti mengharapkan sesuatu yg mustahil...........memang tengah jadi kat aku sekarang ni...huhuhu...tetiba jer terkeluar nak cerita pasal ni..bukan apa pun..tetapi sebagai pengalaman pada diri sendiri dan kepada siapa siapa yang mengalami situasi macam aku....ya...tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan..dan tak semua yang kita nak akan jadi milik kita kan??? tapi kadang2 aku selalu terfikir 
 kenapa tuhan tak pernah dekatkan hati aku pada orang yang aku sayang...tak tahu kenapa...tapi aku tak pernah jugak salahkan tuhan bila dia tak beri apa yang aku nak...sebab DIA tahu apa yang baik dan apa yang buruk buat umat umatnya...aku sekarang sedang berharap pada seseorang yang belum pasti...tapi aku nak sangat2 kat dia...x tahu kenapa...nak terus terang takut perigi cari timba....nk bgtau kata yang aku ni gila sangat kat dia pun x bleh jugak...nanti takut hubungan persahabatan kami terputus pulak....habis habis modal aku la ni..hanya berdoa pada tuhan agar dia lembutkan hati dia..dan menerima aku seadanya dan menerima kelemahan masing masing itu sahaja..bila tengok orang bahagia..aku teringin sangat nak bahagia macam orang lain tapi apa kan daya masih belum sampai waktunya lagi untuk aku bahagia macam orang lain.insyaallah...sabar..itu sahaja yang mampu aku buat....baru2 ni...dia menghilang selama sebulan...ada kerja lain yg dia perlu selesaikan..sebulan aku tunggu punya la lama..tapi tadi dia mesej aku kata dia dah blik..gembiranya hati aku..dia selamat...aku ingat dia dah di makan harimau dah..hhahhaha....dia blik pun aku dah cukup happy bagi aku...ok lah cukup la takat ni....jom layan gambaq aku kt sekolah 
ni gambaq masa aku p sambut hari guru...hampa tengok muka pakat happy ja time ni...

ikrar hari guru kat sekolah..supaya jadi guru yang cemerlang
ni tempat aku berniaga cari duit lebih... hari2 kena maki dengan bos

anak2 murid aku buat kerja kayu..

Saturday 9 June 2012

KALAU DAH JODOH TAK KE MANA...



same2...kita renungkan....:Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidak sempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.