Monday 21 January 2013

ADAKAH INI FAKTA ATAU PUN AUTA????

            PERKARA PENTING WANITA PERLU PAHAM TENTANG LELAKI.........


1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin). 
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama. 
3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. 
4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. 
5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita. 
6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat dan menjeling wanita. 
7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama! 
8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita. 
9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju. 
10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. 
11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. 
12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini. 
13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik. 
14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan. 
15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang. 
16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti. 
17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. 
18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Aku amat tertarik dengan perkara-perkara  di atas....tapi kadang2 rasa pulak...adakah benda ini betul atau sebaliknya......di antara ciri2 di atas aku suka yang no dua 2....sebab lelaki akan suka perempuan yang tak semestinya cantik ya ka???? termenung sat.....sapa la jejaka idaman yang menaruh hati kat aku?????? huhuhuhuhu.....

Sunday 20 January 2013

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI...

ASSALAMUALAIKUM..........

Buat sahabat2 semua......Alhamdulillah syukur terhadap ilahi.......syukur jugak bila aku masih lagi menjadi seorang pendidik kepada anak2 murid aku....terasa begitu pantas masa berlalu....membesar di depan mata aku.....pahit manis mendidik...terasa begitu mendewasakan aku...Ya  Allah aku amat mensyukuri nikmat ini Ya Allah.....

Hamboi!!!!! tetiba feeling tak ketahuan hala.....ya la waktu budak2 dok baik2 dengaq kata aku...sayang sangat2 la bagai...bila ada yg tak buat kerja sekolah,ponteng kelas aku....mula aku nk naik darah nk jerkah2 meluat.....

Apa2 pun aku tetap seorang pendidik biarlah orang kata apa pun..aku x dak pendidikan..aku x dak pengalaman..aku x da tauliah yang kukuh....tapi aku boleh buktikan yang ada jugak yg berjaya di atas titik peluh aku selama ini...Alhamdulillah......yang penting usaha yang berterusan dan jangan sesekali putus asa....hanya linangan air mata yang mampu menyabarkan hati dan penjatkan doa kepadaNYA.....

Terima kasih yang menjadi tempat aku mengadu susah senang...yang memberi semangat...yang sanggup hidup senang aku...jatuh bangun aku....aku hargai semua ini.....semoga bunga2 di hati kita sentiasa mekar di taman hati ini.....

Dan bila dalam keadaan susah baru kita tahu dia adalah sebenar2nya kawan ataupun tak.....kawan2 beribu2 boleh kita cari...tapi nak dapt yang btoi2 kawan...memang susah sgt2....aku telah rasai semua itu...tetapi perangai manusia sudah menjadi lumrah...so terima sajala...

Aku tertarik dengan satu pengalaman yang aku rasa mcm tak leh blah langsung la....sebab apa...??? sebab aku dah rasa muak dh nk ajak orang2 yang mcm ni...

Okey mcm ni...minggu lepas aku ada mesyuarat di sebelah seberang sana iaitu Aloq staq la ....so atas urusan kerja...bukan aku pi saja2...setelah sampai di sana..haruslah Jalal g ambik....so bawak aku pusing2 kot area aloq staq.....mesyuarat tu esok...so aku datang la ari ini..sebab takut tak sempat meeting esk pukul 10 pagi...

So aku dah gtau awal2 dekat ust ni...ckp...nk mintak tlg p hantaq sat kt sekolah yang aku kna meeting 2..tau dia ckp pa??? tak boleh cikgu..takut timbul fitnah pulak nanti...fitnah???????fitnah???? owh ust..awt la hang sungguh tak profesional sungguh...plzzzzzzzzz aku p atas urusan keja na...bukan aku saja2 nk mintak tolong hang wahai ust oi....aku faham situasi aku suh ambik aku tu mungkin tak munasabah nk ajak ust yang dah kawin naik keta sekali...awt hang x leh pikiaq ka...bawak la sapa2 teman hang p ambik aku...takla timbul fitnah....sebab tu la aku memang malas nk percaya dengan orang2 alim ni...atau pun hang habaq siap2 hang x mau ambik aku...kn senang dok wat ayat2 muslim ala ulamak tu wat apa...dah la amanah yg di beri tak di jalankan dengan sempurna...tu tak pulak rasa berdosa dok mkn gaji buta saja tiap2 bulan...suh p ambik aku pun malas...


Masa tu aku dh naik fed up dah...tapi nasib baik..jalal kata x pa.....dia akan antaq aku...weee gila..jauh kot!!!hang ada kelas esok....dia kata tak pa...dia antaq aku....rasa macam nak nangis ja...umpama hero telah menyelamatkan heroin nk p bunuh diri....so esknya dia datang ambik bawak aku p meeting...n yg terharunya dia patah blik ke kolej sebab time 2 dia ada class...

Kesian la pulak rasanya kat adik aku Si Jalal ni....thanks dik....kak terharu sgt2...apapun yang kamu buat kat kak...kak hargainya dik...Thanks sebab bawak kak kemana saja tempat yang nk tuju...tak lupa jugak buat Afifah yg menemani kami berdua...ha...la...takut2 timbul fitnah plk kan???? so sweettt la....

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI...TERIMA KASIH KEPADA YANG MEMAHAMI.....TERIMA KASIH KERANA MEWARNAI HIDUP INI......WALAUPUN TAK SEINDAH MANA...TAPI CUKUP SEKADAR DAPAT MEMBERI AKU KEHIDUPAN YANG LEBIH SEMPURNA......







Sunday 13 January 2013

INDAHNYA BILA ADA YANG SAYANG..

ASSALAMUALAIKUM......

Salam sayang buat kalian yang sentiasa berada dalam lindungan dariNYA...sempat lagi aku nak ucapkan kat U all semua...SELAMAT TAHUN BARU 2013.....wahahahah...baru malam ni aku ada mood nk tulis entry yang dah lama aku pendamkan sekian lama....

Tahun baru menjelang tiba....dan automatik lah umor aku pun meningkat...OH MY GOD dah nk masuk 26 tahun dah...masyaallah.....namun masih ada yang kurang dalam diri aku....Ya Allah makhbulkan lah segala usaha aku selama ini.....

Tak tahu macam mana nak cakap....aku pun dah buntu sebenarnya.....sedih, gembira, terharu semuanya ada pada saat ini.....

Setiap tahun baru yang menjelang tiba tak pernah aku lupa untuk aku pasangkan impian aku sendiri....Alhamdulillah hasrat aku tercapai ingin melihat anak2 didik aku berjaya.....hampir jatuh air mata aku bila peratus tertinggi kelulusan PMR jatuh pada subjek aku....inilah yang dikatakan nikmat yang aku telah merasai kepahitan selama ini...aku pernah di label cikgu yang tak pandai mengajar,tak pandai tarik budak..segala idea aku yang aku lontarkan tidak di endahkan...kerana aku tiada kelayakan ijazah...namun aku gagahkan diri untuk terus berusa untuk anak2 didik aku....aku rebah..aku bangun perlahan2...dan sekarang Alhamdulillah aku bersyukur.....

Dan saat menjelang tahun baru ini aku terus bangkit dari pengalaman yang lalu....biar seribu rintangan yang datang aku tetap tabah....

Bila taip enty panjang2 ni....tetiba aku rasa lari tajuk la pulak...alamak...terlebih sudah....Indahnya bila ada yang sayang....ohh....cukup2 romantik la....tiap2 hari ada orang tolong ingatkan kita...nasihatkan kita dan segala bagailah...dan apa pun yang kita lakukan mesti nak shere jgak dengan orang yang kita sayang kan????

Aku sedang merasai saat ini walaupun hanya kadang2 tapi menghargainya....dan aku sentiasa ingat saat2 manis bersama dia....Dia??? siapakah gerangan si Dia 2 hah???? ok belum masanya untuk aku menceritakan segalanya kepada U all ok???

Bukan aku tak nak cerita...tapi biarlah perjalan kebahagian kami berjalan lancar dahulu....dan pada saat ini aku masih merasai bahagia yang dia beri....dia ada di saat aku memerlukan bantuan...dia hadir di saat aku kesunyian...Ya Allah janganlah kau tarik nikmat ini Ya Allah...sesungguhnya aku mahu ianya berkekalan hingga hujung nyawa....

Tapi....................antara kami masih belum tahu isi hati masing2...aku sedaya upaya menerima segala kelemahan yang ada pada dia....tapi dia masih belum belajar menerima kelemahan aku....doa aku agar dia lembutkan hati dia perlahan2 untuk aku....


Setiap apa yang berlaku Tuhan sudah aturkan jalan yang terbaik untuk aku....tapi aku masih lagi berasa gelisah kerana apa?? kerana aku takut ada bunga hati lain yang merampas kebahagian ini....dan aku hanya saksikan kebahagian mereka dari jauh...macam mana pula dengan hati aku nanti....sah la hancur...Ya Allah aku tak nak lagi kecewa Ya Allah sudah cukup la Kau duga aku dulu macam ni...aku nak bahagia seperti insan lain juga Ya Allah.....

Setakat ini sahaja ...coretan aku...dan saat ini aku tak mampu menahan air mata yang bertakung di kelopak mata...salam sayang...dari semua..yang sentiasa menghappykan hari2 aku....love U all...
n Assalamualaikum....