Thursday, 5 December 2013

MENGERTIKAH KAMU..

ASSALAMUALAIKUM.......

Terasa berat jari jemari ini untuk aku menaip sebuah cerita yang kurasakan terlalu peribadi...tiada siapa yang tahu malah mengerti hati aku ketika ini...aku tak tahu mahu mulakan bicara ini dengan apa....Ya Allah tenangkan hati aku tika ini..

KAMU..

Tahukah kamu selama ini aku sentiasa mendoakan kamu..aku takut kamu jauh dari aku...sungguh aku takut..setiap apa yang kamu impikan aku usaha tunaikan demi kasih sayang yang tak pernah kurang dari dulu..kamu tak tahu hati aku menangis di saat kamu bicara tentang perempuan lain....namun aku pujuk hati aku...walaupun tak kuat aku pujuk..kadang2 aku sibukkan diri kerana aku tak mahu hati aku menangis...biar aku bergelak ketawa dengan sekeliling yang ada...

KAMU

Yang ku anggap adik....tahukah kamu setiap kali kita berjumpa....aku menadah tangan tanda syukur kerana tuhan masih sayang pada aku dan dengar apa yang aku mahukan...terima kasih tuhan...dan terima kasih juga pada kamu yang sentiasa ada tika aku susah ataupun senang...

KAMU

Aku tak penah lupa walaupun sesaat..rasa sayang yang ada...melebihi dari segalanya....namun aku tak upaya kerana aku tak ada pada kamu...aku tak penting buat kamu....kamu ada pada orang lain....ada yang lebih penting untuk kamu fikirkan selain dari aku..sedihnya rasa bila kamu kadang2 wujud tapi seolah2 tidak bermakna untuk aku...kamu ada orang kamu rindu, kamu  juga ada orang kamu sayang, kamu ada orang lebih penting dari aku....tapi aku mengganggap kamu adalah segalanya bagi aku..tapi tak apa..aku tak kecil hati Allah sentiasa ada,Allah dengar apa yang aku merintih dalam diam...

KAMU..

Jaga diri baik2..aku tak punya apa2 untuk bahagiakan kamu...aku juga tak seperti dia yang ada segala2nya bagi kamu...aku juga tidak sehebat dia..aku tak punya mak ayah yang baik melayani kamu hari2...yang sayang sangat2 pada kamu...aku juga tiada rupa yang kamu sering agung2kan dia...dia punya segalanya...tapi siapakah kamu akan cari di saat kamu sedih...siapa kamu cari di saat kamu susah....siapa jugak kamu akan cari di saat kamu mahu itu dan ini....

KAMU..

semoga kamu sentiasa tenang dalam apa yang kamu hajati...aku tak pernah lupa pada kamu...namun tak mampu kalihkan hati kamu untuk aku...kamu punya impian kamu sendiri...namun setiap impian kamu x ada aku.....


0 comments:

Post a Comment