Thursday 11 October 2012

GOOD LUCK TO MY STUDENTS...

ASSALAMUALAIKUM....


U all sekalian....malam nia aku gagah jugak tahan mata sebab nk updet blog aku....so happy sebb follower dh bertambah sorang demi seorang...wah2...alhamdulillah....


Hari ini bermula satu peperiksaan PMR untuk budak2 aku...Ya  Allah ketaqnya rasa...bukan apa....mana la nak p tau kot2 mai soalan yang susah and budak susah nak skor...adoi....aku dok doa macam2 dalam seminggu ni...agar semua pelajar aku senang jawab, terang hati segala macam....Ya Allah kuatkanlah ingatan anak2 didik aku ini Ya Allah...

Buat pengetahuan semua...sekolah aku adalah tahun pertama pelajar menduduki peperiksaan PMR...sebab sekolah aku baru 3 tahun beroperasi...so begitu teruja la aku n cikgu2 nak ambik periksa...anak sulung la katakan....

Teringat aku masa 3 tahun yang dah berlalu...masa tu budak2 aku tingkatan satu...Ya Allah begitu cepat masa berlalu...dan saat aku menulis entry ni mereka sedang bertarung habis habisan menjawab soalan peperiksaan...

Pertama sekali aku jejakkan kaki ke sekolah nie...macam2 dalam otak aku dok pikir...boleh ker aku dok kt sekolah ni?? macam mana dengan budak2 kat sini ok ka depa ni??uiiihh...macam2 la aku pikiaq...sampai x tercapai akalku....huh..

Hari pertama tengok budak2...aku dah semak perut...ada yang tinggi,rendah, comey,hensome,cute macam2 lagi la....satu minggu aku kemurungan dok pikiaq budak2....masa tu aku tak kenai lagi depa2 tu...yang aku kenai masa tu ialah Yusuf Mario...sebab dia bekas pelajar aku kat tahfiz masa dia sekolah rendah dulu....


Aku ingat lagi masa mula2 masuk kelas depa...masa tu ada tiga kelas iaitu Ibnu Sina, Ibnu Khaldun dan Halimatussaadiah,...aku di amanahkan untuk mengajar subjek Bahasa melayu,P.islam dan geografi...mak ai  byknya nk kena ajaq kan??? tapi tak per aku akan cuba sedaya upaya mengajar mereka...

Bila dah lama2 aku jadi kasih pada budak2 ni...macam2 perangai yang boleh buat aku tak tdoq malam ...ada yang lawak ada yang menyampah....ada yang lucu dan ada jgak gedik2...tapi bagi aku biasa la..budak makin membesar dan depa masih dalam fasa mengenal dunia...

Hari berganti hari..bulan berganti bulan dan saban waktu menghitung..tak sangka mereka dah semakin dewasa dan sekarang mereka kini sedang bertarung dengan ujian yg amat besar iaitu PMR...PMR akan menetukan hala tuju mereka nnt...

Apa2 pun yang anak2 didik aku lakukan aku tetap menyokong mereka..kasih sayang aku pada mereka amat dalam...seperti kasih kakak kepada adik2nya yang ingin melihat mereka berjaya di masa hadapan...Insyaallah...

Kepada semua pelajar cikgu lakukan yang terbaik dalam hidup kamu...jangan sia2kan hidup kamu...kerana hidup hanya sekali..dan peluang pun akan datang sekali sahaja seumur hidup....ingat jasa dan pengorbanan ibu dan ayah kamu membesarkan kamu...cikgu hanya membantu kamu untuk berjaya...


Kenangan 2010..


Bersama ustaz2 yg bertungkus lumus melahirkan album nasyid sekolah


masa ni depa umuq baru 13 tahun tingkatan 1 ibnu sina...cute2 ja aku tgk...bersama Asif ustaz depa


tahun 2011..depa tingkatan 2...


hahhahah muka kena lanyak....penat...antaq p kem 



kenangan yang aku tak akan lupakan sampai bila2 dengan mereka



kembara jelajah Baling...

Semasa entry di taip ayaq mata aku keluar tanpa di sedari...sesungguhnya masa cepat berlalu dan tak akan boleh diputarkan kembali.....pahit manis semasa aku bersama mereka tak mungkin mudah untuk aku lupakan begitu saja...sungguh!!!..


Di SMART aku belajar menjadi erti seorang pendidik...walau aku tak mampu tapi aku cuba demi anak2 didik aku...aku belajar dan terus belajar untuk kejayaan mereka tanpa mengharapkan apa2 pun balasan cukuplah sekadar aku dapat melihat mereka berjaya dan dapat apa yang mereka inginkan dalam hidup mereka...walaupun kadang2 aku gagal jd yang terbaik untuk mereka tapi aku cuba...kadang2 ada jugak suara sumbang yang memperlekehkan aku tapi aku tetap berdiri demi memberi ilmu kepada mereka...

Kepada pelajar SMART yang sekarang sedang menduduki peperiksaan PMR...usaha sungguh demi masa depan kamu...cikgu tidak pernah sekali pun jemu mendoakan kamu...













0 comments:

Post a Comment