Thursday, 11 April 2013
SAYANG AKU IKHLAS KERANA ALLAH
ASSALAMUALAIKUM
Shabat handai rakan taulan...aku amat merindui...saat-saat bergelak ketawa bersama siapa2 sahaja yg ada dekat n jauh..
Dah lama aku tinggalkan blog aku kesepian tanpa teman seperti aku untuk mencoretkan rasa hati ini...di mana lagi harus aku lepaskan happy aku,marah aku,kecewa aku,dll selain blog ini...
Alhamdulillah .....betul kata orang...sabar itu indah kan??.. ya aku rasainya sekarang..walaupun tak banyak mana..tapi aku bahagia dengan kehidupan..syukur rezeki yang tuhan kurniakan pada aku...walaupun tak byk...tapi sedikit sebanyak aku dapat meneruskan kehidupan dan memiliki segala kehendak yang aku inginkan...
Hari silih berganti....menjadikan aku seorang insan yang lebih berdikari...matang dan boleh berfikir secara rasional...syukur juga...aku mampu berdiri di atas kaki sendiri..kekuatan dan semngat yang ada...aku bangkit dari segala kelemahan yang sering menghantui diriku...
SAYANG AKU IKHLAS KERANA ALLAH...
Semakin aku cuba lari dari seseorang yang aku harapkan boleh membahagiakan aku...semakin dekat dia datang...kerana apa aku cuba lari...kerana...sungguh aku tidak layak dengannya...dia mampu dapat yang lebih baik dari aku...aku tak mahu hati aku tersiksa...bila nnt kecewa...
Doa aku semoga dia bahagia dengan apa yang dia inginkan..sentiasa hidup di limpahi rezeki..sihat waalafiat hendaknya....Ya Allah lindungi insan yang aku kasihi ini kemana saja dia pergi dan kuatkan semangatnya..sekiranya dia di timpa ujian olehMU ya Allah..ke temukan dia dengan orang-orang yang sentiasa mengasihi dia seperti mana aku mengasihinya sepenuh hati aku...tetapkanlah iman dia dan berikanlah hidayah kepadanya sekiranya dia alpa dlm mengejar duniaMu ya Allah.
Sayang aku tak pernah padam...sayang aku juga terhadap dia membuatkan aku lebih tenang menghadapi hari-hari aku yang mendatang...entah kenapa jiwa aku terlalu damai melihat dia...kuasa tuhan menemukan aku dengan dia dalam keadaan yang tidak pernah aku duga...
Semoga dia mendapat apa yang dia ingin dalam hidup...doaku sentiasa mengiringi dia kemana sahaja dia pergi...salam sayang dari aku yang tak pernah sedikit pun melupakan kamu...
KAMU BAHAGIA...............AKU TURUT BAHAGIA........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment